Saturday, April 18, 2009

Sunday, April 12, 2009

PENGHUBUNG DUA BENUA: JAMBATAN DJBOUTI-YAMAN



Rancangan untuk membina jambatan dari
Djibouti ke Yaman, dicadangkan oleh Syeikh Tariq Bin Laden. Jambatan ini menghubungkan dua benua iaitu Yaman di benua Asia dan Djibouti di benua Afrika. Dalam pelan perancangan awal, jambatan ini akan mempunyai dua bandar moden yang akan dibina disebelah menyebelah jambatan tersebut. Pembinaan jambatan ini hanya akan bermula setelah terbinanya kedua-dua bandar tersebut. Kedua-dua bandar ini mempunyai taraf zon ekonomi bebas. Menurut Syeikh Tariq, walaupun kedua-dua bandar ini mempunyai struktur binaan ala barat tetapi rohnya ala Arab. Jika pembinaan jambatan ini menjadi kenyataan, ia akan menyemarakkan ekonomi di kedua-dua negara terutama dalam sektor pelancongan.

Perjalanan di atas jambatan tersebut akan menjadi perjalanan yang paling jauh di dunia bagi struktur seperti ini. Panjang jambatan ini lebih kurang 28.5 km. Fasa pertama akan menghubungkan Djibouti di benua Afrika ke Pulau Perim di wilayah Yaman. Ini meliputi 13 km suspension bridge dan 8 km girder bridge. Fasa kedua, pembinaan akan bermula dari Yaman ke Djibouti dan mengunjur ke Laut Merah. Ini termasuk jarak 3.5 km sambungan ke Pulau Perim dan 4 km sambungan ke daratan ke western channel. Di antara sebab-sebab pembinaan fasa pertama dilakukan di Djibouti ialah kerana kemudahan-kemudahan yang terdapat di negara tersebut.

Kos pembinaan jambatan sahaja dianggarkan melebihi USD20 billion, bergantung kepada rekabentuk, organisasi projek dan pembiayaan. Pembinaan jambatan ini dijangka mengambil masa di antara tujuh ke sembilan tahun. Di sebelah menyebelah jambatan tersebut akan dibina bandar-bandar bebas (independent cities). Kedua-dua bandar tersebut mempunyai keluasan 600 km persegi atau 6 kali keluasan Paris. Kedua-dua bandar ini akan dikenali sebagai Madinah An-Nur (City of Light atau Bandar Cahaya) dan mempunyai status bebas cukai yang mempunyai peraturan-peraturan tersendiri dan tidak terikat dengan negara masing-masing. Madinah An-Nur akan menyaingi Dubai dalam banyak sudut, terutama sekali kedudukannya yang strategik di Bab Al-Mandab, iaitu sebuah selat yang mana menjadi laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia.

Jambatan dan kedua-dua bandar ini akan dibangunkan oleh syarikat Bin Laden yang berpusat di Dubai iaitu Middle East Development Company. Dengan pembinaan jambatan ini akan menjadikan Yaman sebagai pintu masuk utama ke Asia dan Djibouti pintu masuk utama ke Afrika. Jambatan ini akan memberi akses kepada pedalaman Afrika dan akan melahirkan sistem yang akan membolehkan barangan keluaran Afrika diagih ke bahagian Asia dengan mudah. Pada masa yang sama, ini akan memudahkan barangan dari Asia seperti minyak, gas dan lain-lain keluaran sampai ke Afrika.

Setelah siapnya pembinaan jambatan ini, pakar ekonomi menganggarkan bahawa ianya akan melahirkan tidak kurang dari 2 juta peluang pekerjaan di kedua-dua negara tersebut.

Kos keseluruhan untuk membina jambatan ini dianggarkan USD160 bilion dalam pelaburan modal. Syeikh Tariq menasihatkan pelabur-pelabur yang terlepas peluang untuk melabur di Dubai supaya tidak terlepas peluang untuk melabur di Yaman dan Djibouti.

Tuesday, December 23, 2008

REPUBLIC OF YEMEN


NAMA RASMI:

Republik Yaman

IBU NEGARA:
Sana’a - dengan kepadatan penduduk melebihi 2 juta orang dan ketinggian melebihi 2,300 meter dari paras laut.

BANDAR-BANDAR UTAMA:
Hudaidah, Hadhramaut, Aden (bandar ekonomi), Mukalla, Taiz, Ibb, Sa’adah, Ma’arib dan Seiyoun.

BAHASA RASMI:
Bahasa Arab. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua digunakan secara meluas terutama dalam sektor perniagaan.

AGAMA RASMI:
Islam - Ahli Sunnah wa Jama’ah, terdapat juga Syi’ah Zaidiah terutama di kawasan Sana’a dan mempunyai empat mazhab yang masyhur.


BILANGAN PENDUDUK:
23 juta orang (tahun 2008) dan pertambahan penduduk pada kadar 3.34% setahun. Majoriti penduduknya berbangsa Arab. Sedikit berbangsa Asia Selatan dan Afrika. Penduduk dibahagikan kepada identiti kabilah. Bagi kebanyakan orang Yaman, identiti kabilah adalah tersangat penting. Ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pergunungan di utara, di mana Syeikh-syeikh dari dua gabungan kabilah yang besar iaitu, kabilah Hasyeed dan Bakil boleh mengerahkan pasukan pertahanan untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan kedua-dua kabilah tersebut.

KERAJAAN DAN PENTADBIRAN:
Berbentuk republik dan diketuai oleh Presiden Ali Abdullah Saleh serta dibantu oleh Parlimen yang diketuai oleh Perdana Menteri. Republik Yaman telah diwujudkan dalam tahun 1990 iaitu setelah penggabungan antara Republic Arab Yemen (Yaman Utara) dan People's Democratic Republik of Yemen (Yaman Selatan). Yaman terdiri daripada 19 wilayah, setiap wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah dan setiap daerah mempunyai beberapa zon. Wilayah- wilayah tersebut adalah Sana’a, Aden, Taiz, Hudaidah, Hadhramaut, Sa'adah, Jouf, Ma’arib, Mahra, Shabwah, Abyan, Baidha’, Dhamar, Ibb, Lahaj, Mahwit, Hajjah, Amran dan Dhala.


WAKTU PEJABAT:

Waktu bekerja di pejabat-pejabat kerajaan ialah dari jam 8 pagi hingga 2 petang. Bagi sektor swasta waktu pejabatnya ialah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan dari jam 4 petang hingga 7 malam. Cuti mingguan ialah pada hari Khamis dan hari Jumaat. Bagaimanapun kedai-kedai dan pasar-pasar dibuka dari pagi hingga awal malam.


MATA WANG:
Riyal Yaman, nilai pertukaran YR200.00 = USD1.00 (Mac 2009). Kejatuhan matawang Riyal Yaman sejak Mac 2008, berbanding dengan USD ialah sekitar 0.25%.


KEDUDUKAN GEOGRAFI:
Republik Yaman terletak di pinggir Barat–Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia ). Ianya berkedudukan di antara garis lintang 12 darjah Utara – 20 darjah Utara dan garis bujur 41 darjah Timur – 54 darjah Timur. Ianya juga bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah utara Laut Arab (jarak 1458 km) dan Teluk Aden di selatan, Oman di sebelah timur, (288 km) dan Laut Merah di sebelah barat.


Ia dipisahkan dari Afrika oleh selat yang sempit iaitu Bab Al Mandab. Selat ini menghubungkan Laut Merah dan Teluk Aden. Bab Al Mandab ini mempunyai kedudukan yang paling strategik iaitu sebuah kawasan laluan perkapalan yang paling aktif di dunia. Republik Yaman mempunyai 120 buah pulau, kebanyakannya di Laut Merah. Di antaranya ialah Socotra yang terletak di Lautan Hindi, Perim yang terletak di Bab Al Mandab dan Kamaran yang terletak di Laut Merah. Bentuk muka buminya terbahagi kepada lima bahagian: pergunungan, dataran tinggi, dataran pantai, gurun padang pasir dan kepulauan.


EKONOMI:

Negara ini mempunyai dasar ekonomi berasaskan ekonomi bebas. Iaitu ekonominya ditentukan oleh mekanisma pasaran. Dasar kerajaan adalah menggalakkan penglibatan sektor swasta dengan membenarkan mereka memainkan peranan utama dalam proses pembangunan negara dan galakan ekonomi.


Dasar ekonominya yang memberi tumpuan kepada pemilikan dalam sektor swasta, yang mana tidak boleh diganggu-gugat kecuali untuk kepentingan awam, itupun dengan membayar pampasan yang adil dan saksama mengikut undang-undang. Galakan-galakan dalam akta pelaburannya telah melahirkan banyak peluang-peluang pelaburan dan insentif kepada pelabur-pelabur tempatan dan asing dalam semua sektor ekonomi.



SUMBER-SUMBER TEMPATAN

Minyak, gas, ikan, garam batu, batu marmar, sedikit arang, emas, besi dan tembaga.


MASA:
Republik Yaman terletak di garis GMT +3 iaitu tiga jam lebih awal daripada Greenwich.


KELUASAN:

527,970 km persegi. (203,850 batu persegi)

KETINGGIAN:
Mencapai 3,700 meter atau lebih 12,000 kaki dari paras laut.


IKLIM:

Yaman dikategorikan dalam negara tiga musim (panas, luruh dan sejuk). Kepelbagaian cuaca di Yaman lebih dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan paras ketinggian wilayah-wilayahnya. Pada musim sejuk, suhu di kawasan pergunungan mencatat -14 darjah Calcius hingga –15 darjah Calcius manakala kawasan persisiran pantai dan tanah rendah bersuhu sederhana sepanjang musim sejuk.Pada musim panas suhu di kawasan pengunungan mencatat 19 darjah Calcius hingga 22 darjah Calcius. Manakala di kawasan persisiran pantai dan tanah rendah mempunyai suhu panas dan lembab mencapai 42 darjah Calcius hingga 45 darjah Calcius.Pada musim luruh pula semua kawasan menerima hujan.

PERATURAN MASUK:
Visa masuk ke Yaman boleh didapati dengan mudah daripada Kedutaan atau Konsul Yaman di negara tempat anda menetap dengan bayaran tertentu. Di negara yang tidak terdapat kedutaan atau Konsul Yaman, pelancong-pelancong boleh mendapatkan visa transit untuk 96 jam dari tempat berlepas. Setelah tiba di Yaman, pelancong-pelancong akan diberi permit untuk tinggal di Yaman selama 30 hari. Dan adalah menjadi kemestian untuk mendaftar di Balai Polis dalam masa 2 minggu setelah tiba di Yaman. Tempoh maksimum menetap adalah 90 hari. Bayaran visa bergantung kepada jenis visa dan kewarganegaraan. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan visa pelancong selama 90 hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a.



PINTU MASUK:
Republik Yaman boleh dimasuki melalui udara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa di Sana’a, Aden, Hudaidah, Riyan dan Taiz. Manakala melalui laut pula ialah pelabuhan Hudaidah dan Mokha di Laut Merah, Aden di Teluk Aden, Mukalla dan Nashtun di Laut Arab. Yaman juga boleh dimasuki melalui jalan darat, iaitu daripada Arab Saudi di utara, melalui Haradh dan Al-Buqa'a. Dari Kesultanan Oman di seblah timur melalui Habroot.

SEJARAH
Yaman juga dikenali dalam beberapa buah buku sejarah dengan beberapa nama. Di antaranya ialah “Arab Felix” dan di dalam lagenda lama Yaman dikenali sebagai Negara Selatan, Negara Raja Saba’, Raja Selatan dan Raja Timna. Ada sesetengah pendapat mengatakan perkataan Yaman diambil daripada nama seorang pemerintah Yaman iaitu Ayman Ibn Ya'arub Ibn Joktan seorang lagenda Arab kuno. Ramai orang-orang Arab mengatakan perkataan Yaman diambil dari perkataan Ya,mim, nun (YAMN) yang bermakna rahmat, berkat dan makmur iaitu bersamaan dengan nama “Arab Felix”(dalam Bahasa Latin bermakna Happy Arabia). Sesetengah pendapat mengklasifikasikan perkataan Yaman diambil dari “yumna” yang bermakna Arab dari kanan Ka’abah. Orang-orang dari sebelah timur mengatakan bahawa perkataan "yumna" bermakna arah ke hadapan sebelah kanan Ka'abah. Sebabnya arah kanan merupakan satu simbol atau lambang kepada kejayaan dan keberuntungan. Sesetengah orang Arab sendiri termasuk orang-orang Yaman beranggapan perkataan ‘al- Sham’ ialah utara dan ‘al- Yaman’ ialah selatan dan pada hari ini ianya dikenali sebagai Republik Yaman.


Kerajaan yang terawal dalam sejarah Yaman ialah kerajaan Saba (Sheba). Kerajaan ini telah ditubuhkan pada kurun ke 10 sebelum masihi dan diperintah oleh Puteri Balqis. Pada masa itu, ia adalah sebuah kerajaan yang besar dan mewah dan juga terkenal dengan kecekapan di bidang pertanian terutama sekali dalam sistem pengairannya yang maju. Kerajaan ini berpusat di Ma'rib. Pada masa yang sama, jauh di selatan dan timur (yang mana selepas itu dikenali sebagai Yaman selatan) diperintah oleh Kerajaan Qataban dan Kerajaan Hadhramaut yang terlibat dalam perdagangan yang intensif. Selepas itu Yaman diperintah oleh kerajaan beraja Himyar. Kerajaan ini merupakan kerajaan agung beraja terakhir sebelum Islam. Ia mula memerintah dari kurun pertama hingga 500 masihi.


Yaman adalah satu-satunya negara Arab yang menerima Agama Islam secara sukarela. Semasa penyebaran agama tersebut ke Yaman, masih dikenang dalam sejarah Islam ialah kemasukan beramai-ramai pengikut-pengikut kabilah Hamdani dan dikatakan sebanyak 20 ribu orang memeluk Agama Islam dalam masa sehari.



TEMPAT- TEMPAT MENARIK


BANDAR SANA’A LAMA (BABUL YAMAN)

Pintu gerbang Kota Babul Yaman

Merupakan satu-satunya kota lama dan menjadi penempatan awal manusia yang dijumpai oleh Sam anak kepada Nabi Nuh Alaihis Salam. Menurut sejarah Sam telah datang ke Yaman dari utara untuk meninjau tempat yang lebih baik untuk dibuat penempatan. Beliau telah memilih tempat tersebut mengikut halatuju seekor burung. Tempat itulah sekarang dikenali sebagai Kota Babul Yaman. Di situlah Sam telah membina Istana Ghomdan. Manakala buku-buku sejarah lain mengatakan nama untuk kota ini ialah Azal, sepertimana juga tercatat dalam puisi-puisi Arab. Azal ialah anak lelaki kepada Joktan Ibn Amir Ibn Shalikh Ibn Arfakhashd Ibn Sham Ibn Nuh. Sehingga sekarang masih segar dengan gelaran Bandar Sam. Pada 1984 UNESCO telah mengisytiharkannya sebagai “ Warisan Manusia di Dunia” . Meninjau ke Kota Lama ini terdapat beraneka jualan dan Muzium Kebangsaan. Kota ini mempunyai seni-bina yang unik dan menakjubkan . Kota Sana’a Lama juga merupakan muzium yang hidup dan dengan kecantikan bandar ini memberi ilham untuk berkarya kepada para penulis, penyair, penyajak, pelukis, arkitek dan pelancong.


Pemandangan dari udara Kota Babul Yaman

Pemandangan Kota Babul Yaman

Kesan tembakan meriam yang masih terdapat di pintu Kota Babul Yaman akibat peperangan di antara tentera Yaman Utara dengan Yaman selatan

MASJID JAMI'E KABIR (MASJID AGUNG SANA'A)

Pemandangan dalam Masjid Jami'e Kabir

Masjid ini telah dibina dalam tahun ke 6 hijrah. Masjid ini merupakan masjid yang pertama dibina di Yaman dan yang ketiga dalam sejarah Islam. Ianya dibina setelah masyarakat Yaman memeluk Islam secara beramai-ramai. Pada masa itu Nabi Muhammad SAW telah menghantar seorang sahabat iaitu Wabr bin Yuhannas Al-Khaza’i sebagai utusan untuk menyampaikan dakwah kepada penduduk Yaman dan juga mengarahkannya untuk membina sebuah masjid di Sana’a. Pada masa lalu Masjid Agung ini telah menjadi tempat peribadatan, menuntut ilmu, tempat penyelesaian pertikaian dan pertukaran idea-idea politik


Baginda telah menentukan bentuk binaan masjid tersebut, kedudukannya dan arah kiblat. Baginda telah mengarahkan supaya arah kiblatnya menghala ke Bukit Dhin yang jaraknya terletak lebih kurang 30 km dari Sana’a. Sedangkan pada waktu itu Baginda tidak pernah memijak kaki di bumi Sana’a.


Pada hari ini, Syeikh Abdul Majid Az-Zindani seorang Ulamak dan Rektor Universiti Al-Iman yang terkenal dengan kajian Sains Al-Quran telah membuktikan bahawa arah kiblat yang ditentukan oleh Baginda SAW adalah tepat. Beliau telah membuktikannya dengan penggunaan satelit bahawa arah kiblat yang ditentukan oleh Baginda Nabi SAW adalah betul-betul tepat dengan pintu Ka’abah di Mekah Al-Mukarramah. Maka oleh kerana itulah masyarakat Yaman menganggap ianya sebagai Masjid yang paling afdal di Yaman.


Video: Rujuk kepada video link Kiblat Masjid Jami'e Kabir-Mukjizat Nabi SAW



Mihrab asal Masjid Jami'e Kabir
yang dibina oleh para sahabat pada tahun 6 hijrah

Ruang solat Masjid Jami'e Kabir
Senibina klasik pada siling Masjid Jami'e Kabir

KEBUN TERBAKAR

Antara kesan tanah terbakar yang kekal sehingga kini

Tempat ini dahulunya merupakan sebuah kebun yang subur. Tetapi sekarang ianya sudah menjadi padang jarak padang terkukur.Ini adalah kerana akibat kebakaran yang dahsyat. Telah dikisahkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Qalam ayat 17-33, dimana pada zaman ayah mereka, sebahagian dari hasil kebun dibahagikan kepada fakir miskin, tatkala selepas kematian ayahnya, ladang tersebut diwarisi oleh anaknya, dan anaknya bersumpah bahawa pada kali ini mereka tidak akan membahagi sedikitpun hasil kebun kepada fakir miskin. Semasa inilah Allah telah menimpakan bala ke atas kebun tersebut dengan kebakaran yang dahsyat sehingga tanahnya yang subur itu menjadi arang yang hitam. Peristiwa ini berlaku selepas peristiwa Nabi Isa A.S diangkat ke langit.


MASJID PRESIDEN YAMAN

Pemandangan pada waktu siang
Pemandangan pada waktu malam

Pembinaan masjid ini telah bermula pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada bulan September 2008. Ianya berharga lebih kurang USD60 juta. Masjid ini mempunyai lima buah kubah, iaitu sebuah kubah besar dan empat buah kubah kecil. Kubah yang besar mempunyai ketinggian 39.6 meter dan bergaris pusat 27.4 meter. Manakala empat buah kubah yang kecil, setiap satunya mempunyai ketinggian 20.35 meter dan bergaris pusat 15.6 meter. Ianya mempunyai enam menara. Setiap menara mempunyai ketinggian seratus meter.

Pemandangan selepas solat Jumaat di Masjid Presiden Yaman
Dewan seminar Masjid Presiden Yaman

Pemandangan dalam Masjid Presiden Yaman

Keseluruhan luas bangunan masjid ini ialah 27300 meter persegi. Ruang utama untuk solat mempunyai keluasan 13596 meter persegi dan berkapasiti untuk menampung sebanyak 44000 orang jemaah pada satu-satu masa. Ini termasuk ruang solat untuk muslimat. Masjid ini juga mempunyai sepuluh buah pintu (utara-barat) dan lima buah pintu pada sebelah selatan. Tempat letak kereta masjid ini boleh memuatkan ribuan kereta pada satu-satu masa.

Masjid ini juga mempunyai sistem penghawa dingin pusat dan alat-alat pemadam api yang canggih. Dan begitu juga sistem audio visualnya yang berteknologi tinggi.




Antara senibina yang terdapat dalam Masjid Presiden Yaman

Rekaan seni bina dalaman masjid ini menggabungkan kesenian Yaman dan kesenian klasik Islam. Pembinaannya menggunakan bahan binaan tempatan yang bersesuaian dengan cuaca panas dan sejuk. Pakar-pakar seni bina antarabangsa telah menyatakan bahawa ianya merupakan salah sebuah masjid yang terindah di semenanjung tanah Arab. Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke masjid tersebut menjangkakan bahawa masjid ini akan menjadi pusat kebudayaan utama Negara Yaman di masa akan datang.


WADI DZHAH:


Wadi Dzhah

Di sinilah masyarakat Sana’a menghabiskan masa lapang mereka di hujung minggu dengan menziarahi kawasan istana lama Imam (semasa pemerintahan Syiah Zaidiyah) dan juga kebun buah-buahan. Ianya terletak kira- kira 15 km dari bandar Sana’a. Pelancong juga berpeluang menziarahi kawasan dataran tinggi untuk menyaksikan tarian tradisional, istana dan bersiar-siar di sekitar kampung wadi tersebut.


DARUL HAJAR:

Bangunan Istana Imam di Darul Hajar

Mempunyai istana batu-batan setinggi 5 tingkat, yang dibina oleh Imam Yahya Ibn Muhammad (salah seorang pemerintah Syiah Zaidiyah). Istana ini dibina pada tahun 1920. Ia merupakan tempat istirehat Imam Yahya pada musim panas. Sekarang istana ini menjadi salah satu pusat pelancongan utama di Republik Yaman. Sepanjang perjalanan dari Bandar Sana’a ke istana ini para pelancong boleh melihat suasana masyarakat Arab menjalankan kehidupan harian. Di sini juga terdapat gerai buah–buahan dan pasar daun qat (daun yang dikunyah oleh sebahagian besar masyarakat Arab Yaman )
Tempat istirehat Imam Yahya
Kolam yang terdapat di Istana Darul Hajar
Tarian tradisional Arab yang terdapat di Darul Hajar


SHIBAM:
Restoran yang menjadi tumpuan pelancong di Shibam
Bangunan lama di Shibam
Rumah di lereng bukit

Sebuah pekan yang terletak di kaki bukit Kawkaban. Ketinggiannya melebihi 2300 meter dari paras laut. Masyarakat di pekan ini amat peramah dan menghormati masyarakat luar yang datang melancong ke tempat mereka. Antara keistimewaan pekan ini ialah mempunyai masjid-masjid lama dan antara yang tertua di Yaman.

KAWKABAN:

Pintu gerbang Kota Kawkaban

Kawkaban merupakan antara kawasan yang tertinggi di sekitar Sana’a. Mempunyai ketinggian mencecah 2800 meter dari paras laut. Kawkaban juga merupakan antara bandar lama dan mempunyai sejarah yang banyak. Antara sejarah Kawkaban ialah pernah menjadi ibu negara bagi Dinasti Bani Sharaf Al-Din pada kurun ke 15. Kawkaban juga pernah dikenali sebagai tempat para seniman berkarya pada ketika itu. Antara aktiviti utama yang dijalankan oleh pelancong di sini ialah Highking (mendaki bukit).

Empangan yang terdapat di Kota Kawkaban

KEBUN QAT:

Dua pekerja sedang memetik daun qat

Sejarah awal penggunaan qat di Yaman dikatakan bermula bilamana qat telah dibawa dari Etopia oleh pengembala kambing yang mengembala di kawasan Dataran Tinggi Utara. Mereka mendapati kambing yang memakan qat tidak mahu tidur seperti biasa dan melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Dengan peristiwa ini pengembala kambing tersebut menyebarkan berita ini pada penduduk kampung. Setelah itu bermulalah penggunaan qat secara berleluasa. Dalam kisah lain seorang mistik sufi yang selalu mengantuk secara tidak sengaja mengunyah daun qat dan mendapati ia membolehkan dia berjaga sepanjang malam. Hendaklah diingatkan bahawa kisah ini adalah diandaikan kepada asal-usul tempat penanaman kopi iaitu Etopia.
Daun Qat

Penjual qat sedang mengunyah daun qat

Qat ialah sejenis daun yang dikunyah oleh sebahagian besar penduduk Yaman. Golongan anti dadah mengatakan ia merosakkan masyarakat tetapi kebanyakan pengunyah-pengunyah qat mengatakan sebaliknya. Malah mereka berbangga dengan mengunyah qat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan qat ini dikunyah oleh 80% kaum lelaki, 40% wanita dan 15% kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Dalam istilah saintifik qat dikenali sebagai “Catha edulis”. Ia mengandungi bahan kimia “cathinone”. Mengikut pengunyah qat ia mempunyai kesan ketahanan mental, mengurangkan rasa lelah, runsing dan mengurangkan selera makan. Sebahagian dari kajian saintifik menunjukkan bahawa qat boleh mendatangkan perasaan agresif. Daun qat hanya boleh mendatangkan kesan dalam beberapa hari selepas dipetik dari pokoknya. Ia paling berkesan bila dikunyah pada hari ia dipetik. Kebiasaannya qat ini digunakan untuk tujuan sosial di mana masyarakat Yaman akan berkumpul dalam mafraj (bilik panjang) di tingkat paling atas sesebuah rumah dan menghala ke arah pemandangan kota atau di tingkat paling bawah sesebuah rumah dan menghala ke arah taman. Biasanya Qat dikunyah selepas waktu makan tengahari. Pengunyah qat akan mengambil masa berjam-jam untuk mengunyah. Pada masa yang sama pengunyah-pengunyah qat akan duduk berborak bersama pengunyah-pengunyah lain. Sesetengah pelajar mengunyah qat supaya dapat menumpukan perhatian pada pelajaran terutamanya pada musim peperiksaan. Oleh kerana qat boleh mengurangkan selera makan, maka sesetengah wanita Yaman mengunyah qat untuk tujuan diet. Qat juga dikatakan boleh merehatkan badan dan melegakan fikiran. Sebahagian dari ibu bapa membiarkan anak-anak mereka mengunyah qat supaya anak-anak tersebut tidak merayau di jalanan dan terlibat dengan aktiviti pengambilan dadah atau alkohol. Walaupun sesetengah orang berpendapat qat itu tidak baik untuk kesihatan tetapi yang lain-lain berpendapat ia dapat menambah kekuatan rangsangan seks lelaki. Qat yang berkualiti tinggi dikatakan boleh membuat seseorang lelaki kuat seperti kerbau ketika melakukan seks. Kebanyakan penduduk Yaman membelanjakan separuh dari pendapatan mereka untuk membeli daun qat. 60% daripada tanah-tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam digunakan untuk menanam qat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengatakan bahawa qat boleh menyebabkan seseorang pengunyah kurang aktif. Badan tersebut menganggarkan bahawa purata masa terbuang untuk menguyah qat adalah sebanyak 1460 jam dalam setahun bagi setiap penguyah.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


MOHAMAD ZAMHARI BIN BERAWI

General Manager,

Malaysian Berawai Tourism Restaurant,

Sana'a, Republic of Yemen.

Handphone no : +967-712168079

Fax no: +967-01467986

e-mail address : ziarahyaman@gmail.com

PAKEJ - PAKEJ YANG DISEDIAKAN

PAKEJ I : 4 HARI 3 MALAM

Hari pertama:
Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a dengan pesawat YEMENIA akan disambut oleh wakil kami (lebih kurang jam 11 malam waktu Yaman). Pengangkutan ke tempat penginapan disediakan (Hotel atau Homestay). Rehat.

Hari kedua:

Sarapan pagi di Restoran Pelancongan Berawai Malaysia (RPBM). Selepas sarapan pagi, rombongan bertolak ke Darul Hajar dan Wadi Dzhah. Makan tengahari di RPBM. Di sebelah petang rombongan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Bandar Sana'a Lama (Babul Yaman). Di antaranya Masjid Jami'e Kabir yang berusia lebih seribu tahun dan kiblatnya bertepatan menghala ke pintu Ka’abah di Mekah, seni binaan tradisional, Ka'abah Abrahah (Qulais) yang dibina pada tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dan pusat jualan pelbagai jenis barangan antik. Makan malam di RPBM. Rehat.

Hari ketiga:

Sarapan pagi di RPBM. Selepas sarapan rombongan akan dibawa melawat ke Shibam dan Kawkaban (ketinggian mencecah 2800 meter dari paras laut). Makan tengahari di RPBM. Pada sebelah petang bergerak menuju ke Masjid Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, yang dihiasi dengan seni bina Yaman dan tradisional Islam, dan rekaan dalamannya adalah gabungan antara tradisional dengan teknologi moden. Makan malam di RPBM. Rehat.

Hari keempat:

Sarapan pagi di RPBM. Lawatan ke Ardul Jan'natain (kebun terbakar yang kisahnya tercatat di dalam Al-Quran, Surah Al Qalam). Seterusnya menuju ke kebun Buah Delima dan kebun Qat (sejenis daun yang menjadi kunyahan sebahagian besar masyarakat Yaman). Makan tengahari di RPBM. Pada sebelah petang, bersiap-siap untuk bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a untuk penerbangan balik.



PAKEJ II : 3 HARI 2 MALAM

Hari pertama:

Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a dengan pesawat YEMENIA akan disambut oleh wakil kami (lebih kurang jam 11 malam waktu Yaman). Pengangkutan ke tempat penginapan disediakan (Hotel atau Homestay ). Rehat.

Hari kedua:

Sarapan pagi di RPBM. Lawatan ke Ardul Jan'natain (kebun terbakar yang kisahnya tercatat di dalam Al-Quran, Surah Al Qalam). Seterusnya menuju ke kebun Buah Delima dan kebun Qat (sejenis daun yang menjadi kunyahan sebahagian besar masyarakat Yaman). Makan tengahari di RPBM. Pada sebelah petang melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Bandar Sana'a lama (Babul Yaman). Diantaranya Masjid Jami'e Kabir yang berusia lebih seribu tahun dan kiblatnya bertepatan menghala ke pintu Ka’abah di Mekah Al-Mukarramah, seni binaan tradisional, Ka'abah Abrahah (Qulais) yang dibina pada tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dan pusat jualan pelbagai jenis barangan antik. Makan malam di RPBM.

Hari ketiga:

Sarapan pagi di RPBM. Selepas sarapan rombongan dibawa melawat ke Darul Hajar dan Wadi Dzhah. Seterusnya rombongan menuju ke Masjid Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, yang dihiasi dengan seni bina Yaman dan tradisional Islam, di mana rekaan dalamannya adalah gabungan antara tradisional dan teknologi modern. Makan tengahari di RPBM. Pada sebelah petang, bersiap-siap untuk bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a untuk penerbangan balik.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


MOHAMAD ZAMHARI BIN BERAWI
General Manager,
Malaysian Berawai Tourism Restaurant,
Sana'a, Republic of Yemen.
Handphone no : +967-712168079

Fax no: +967-01467986

e-mail address : ziarahyaman@gmail.com

ziarahyaman@yahoo.com

RESTORAN PELANCONGAN BERAWAI MALAYSIA YAMAN

Papan tanda Restoran di jalan utama Sana'a
Lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Yaman

Kakitangan Restoran
Kakitangan Restoran semasa tempahan katering untuk majlis perkahwinan salah seorang
pelajar Malaysia di Yaman
Duta Besar Malaysia Ke Yaman TYT Tuan Haji Abdul Samad Bin Othman
dan kakitangan kedutaan Malaysia ketika majlis
perkahwinan salah seorang pelajar Malaysia di Yaman


Pemandangan di Restoran

Sebahagian hiasan yang terdapat dalam Restoran

Pensyarah-pensyarah Malaysia yang berkhidmat
di Universiti Sains & Teknologi Yaman
Prof. Dr. Idris Abdullah (tiga dari kanan) dan Prof. Dr. Ismail Sahid (dua dari kanan)
dari
UKM semasa berkunjung ke Restoran

Kelihatan 2 orang pelajar Singapura sedang menikmati makanan

Jema'ah-jema'ah haji yang transit di Yaman,
sedang menunggu hidangan makan tengahari

Jema'ah-jema'ah haji sedang berbincang sesuatu
selepas menikmati hidangan makan tengahari
Pensyarah-pensyarah Bahasa Inggeris berbangsa asing di Yaman
Antara keluarga Melayu Indonesia yang menetap di Yaman

Kakitangan Schlumberger Overseas S.A. (sebuah Syarikat gerudi minyak)
yang mengambil pakej

makan bulanan di Restoran Pelancongan Berawai Malaysia
Restoran Pelancongan Berawai Malaysia (RPBM), Yaman adalah satu-satunya restoran yang menyediakan masakan Malaysia di Yaman. Ianya mula beroperasi secara rasmi pada bulan Ogos 2008. Restoran ini terletak di Jalan Dairy, iaitu berhadapan dengan Universiti Sana'a Lama, Yaman. RPBM telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Yaman melalui GIA (General Investment Authority) dengan no lesen 3462, bertarikh 19hb Julai 2008.

Pada 2hb Mac 2009, Kementerian Pelancongan Yaman telah mengeluarkan permit pelancongan kepada restoran ini. No. permit 25384. Pada 3hb Mac 2009, RPBM telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Hotel Movenpick, Sana'a, iaitu sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang di Yaman untuk membawa pelancong-pelancong dari luar ke Yaman. Jalinan kerjasama juga telah dibuat dengan ACCOR Hospitality yang bertaraf 4 bintang. Hotel-hotel yang bernaung di bawah ACCOR Hospitality ialah Hotel Mercure Sana'a, Hotel Mercure Aden, Hotel Sofitel Taiz dan Hotel Jabal Sabar.

Disamping itu RPBM telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Syarikat Penerbangan Kebangsaan Yaman iaitu YEMEN AIRWAYS (YEMENIA) untuk urusan penerbangan perkumpulan pelancong-pelancong dari negara luar. Untuk tujuan penganjuran pameran-pameran di Yaman, RPBM telah menjalinkan kerjasama dengan Pusat Expo Sana'a (APOLLO), satu-satunya pusat expo yang bertaraf antarabangsa di Yaman.
Surat perjanjian kerjasama dengan Syarikat Penerbangan Yemenia (YEMENIA)

Pengurus Besar Restoran di pejabat General Investment Authority (GIA)

Bagi pelancong-pelancong yang menginginkan masakan dan suasana Malaysia, bolehlah berkunjung ke restoran ini. Ianya dihias dengan begitu rupa bagi meghidupkan suasana Malaysia. Ianya mempunyai taman-taman yang ditanam dengan bunga-bunga dan sayur-sayuran yang terdapat di Malaysia.




Krew RTM rancangan Selamat Pagi Malaysia
semasa membuat pengambaran

Ketibaan Y.B. Ustaz Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas, Kelantan) disambut pengurus restoran bersama dengan Dr. Mahmud dari Muassasah Al-Quds Yaman

Y.B. Ustaz Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas, Kelantan)
ketika berkunjung ke Restoran Pelancongan Berawai Malaysia

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

Perkhidmatan Utama:

1) Penyediaan makanan harian.

2) Tempahan catering untuk majlis Perkahwinan, Maulidurrasul, Yasinan, Tahlilan,

Aqiqah & Korban, Hari Raya, Hari Jadi dan lain-lain.

3) Pakej makan bulanan.

Perkhidmatan Lain:

1) Homestay (Penginapan)

2) Menganjur kursus Bahasa Arab (Jangka pendek/panjang)

3) Mengurus visa pelajar

4) Ziarah Yaman

5) Tempahan tiket kapalterbang.

Kerjasama dengan Syarikat Yemen Airways (YEMENIA) (No pendaftaran

perjanjian kerjasama CSTA-1-029)

6) Tempahan hotel. Kerjasama dengan Hotel Movenpick Sana'a yang bertaraf 5 bintang. Ditandatangani pada 6hb Mac 2009. Kerjasama dengan ACCOR Hospitality yang bertaraf 4 bintang. Hotel-hotel yang termasuk dalam ACCOR Hospitality ialah Hotel Mercure Sana'a, Hotel Mercure Aden, Hotel Sofitel Taiz dan Hotel Jabal Sabar. Perjanjian kerjasama ini telah ditandatangani pada 30hb Mac 2009.

7) Bertindak sebagai konsultan bagi mendapatkan lesen-lesen perniagaan, perkilangan,

import eksport dan sebagainya dari GIA (General Investment Authority) Yaman.

8) Menganjur pameran-pameran perdagangan, pendidikan, kesihatan dan

kebudayaan di Yaman. Jalinan kerjasama telah pun dibuat dengan Pusat Expo Sana'a (APOLLO).

9) Khidmat menyimpan barang-barang seperti beg, kotak-kotak,

air zamzam untuk para pelancong yang transit.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :

MOHAMAD ZAMHARI BIN BERAWI
General Manager,
Malaysian Berawai Tourism Restaurant,
Sana'a, Republic of Yemen.
Handphone no : +967-712168079

Fax no: +967-01467986

e-mail address : ziarahyaman@gmail.com

ziarahyaman@yahoo.com